Annyeonghaseyo! Welcome to my little tangle tale. After u view my blog, dont forget to follow me ya! Credit ur link too. Leave ur comment before leave !

25 July 2013

Puisi Hati.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hati yang sedih. Siapa yang akan tahu?

Jika wajah menunjukkan senyuman yang tidak diketahui manis atau tidak.

Hati yang sunyi. Siapa yang akan tahu?

Jika diri ini mampu bergelak tawa.

Diri yang lemah. Siapa yang akan dapat melihat?

Jika diri ini tampak kuat pada luar nya. 

Hati menangis. Siapa yang akan dapat melihatnya?

Jika diri ini tampak bahagia di luaran.

Aku memang tampak bahagia.

Mampu bergelak tawa bersama taulan.

Bagaikan tidak punya masalah.

Namun, tiada siapa yang dapat melihat.

Apa yang aku rasa. 

Apa yang aku lalui.

Apa yang aku sembunyikan.

Kegagalan yang aku hadapi.

Amat perit bagiku.

Sukar untuk aku luahkan.

Rasa sakit dan pedih.

Bagaikan dihiris oleh pisau nan tajam.

Namun, aku tabahkan diri.

Untuk terus senyum.

Namun hatiku bertambah perit.

Melihat bagaimana sinisnya mereka.

Mereka katakan bahawa aku masih tidak sedar.

Mereka katakan bahawa aku tidak mencuba.

Mencuba untuk mengubah.

Mereka tidak tahu.

Aku sudah mencuba .

Mencuba untuk mengubah.

Namun apakan daya.

Mereka tidak melihat usahaku.

Adakah aku akan terus menerima?

Menerima kegagalan ini?

Ya Allah, aku tidak sanggup.

Aku tidak sanggup terus tersakiti.

Air mata terus menjadi peneman.

Peneman untuk diri yang lemah ini.

Peneman di setiap malam.

Peneman dikala kegagalan menerpa.

Peneman dikala terkenang bagaimana sinisnya mereka.

Hanya air mata sahaja kah yang terus menjadi peneman diri ini?

Aku sudah lelah menangis.

Sampai bila harus begini?

Kadangkala.

Aku merasakan.

Air mata aku sudah habis.

Aku tak mampu menangis lagi.

Bantu aku Ya Allah. 

- 02:51, 25July2013 -

Ramadan Kembali Lagi :)


Assalamualaikum! Hye readers.

Di kesempatan ini,

Saya Ingin Mengucapkan,

Selamat Menyambut Ramadan.

Happy fasting everyone. :) 


Copyright By Riry Aiyumi