Annyeonghaseyo! Welcome to my little tangle tale. After u view my blog, dont forget to follow me ya! Credit ur link too. Leave ur comment before leave !

19 September 2013

Got nothing to say lah !


Assalamualaikum. Hai.
Actually, i've got nothing to say but i think i should post something.
So, here you go.

Trial dah habes. alhamdulillah.
Tapi, aku tau result teruk.
Sebab mase jawab pon aku rase teruk.
Ermm, basically, teruk lah.

Paper Bio dah dapat. Aku kecewa.
This is not what I'm expected.
Oh God. Why ahhh ?
Well, sedih kot. I thought mase trial ni lah nak markah semua tinggi2.
Tapi nampaknye,

"Harapann~~ Harapan menjadi layuuuuuu"

SPM pulak is just around the corner.
Omegadd! My heart goes dub dab dub dab, you know.
Ohhh. So sad.
Takpelah. SPM kan ade. ( ayat penyedap hati ).

Aku rase nak ciao. Ciao ! :p






31 August 2013

Trial. Spm. Struggle.


Hey Assalamualaikum! Dah lama tak singgah sini. 
Raya hari tu pon tak sempat nak post and wish raya utk korang semua.

Broadband kat rumah dah rosak lah pulokk.
Broadband kat ipad memang tak lah kan. Dah lama off service. Teheee! 

Alright.. This Monday ni kitorang dah start trial spm.
Walaupun ianya cuma T.R.I.A.L, tapi ia saaannnnggggaaattttt penting ohkeyh!

Omg, omg, omg! Tersangat lah cuaknye.
Rase berdebar-debar jantung ku ini. 

Rase macam tak cukup mase nak study.
Pelbagai rasa telah bercampur baur. Sehingga menjadi secukup rasa. *gituuueww*

Lepas tu, sebulan lagi SPM sebenar pulak menanti. Haiyooo....
Cuak sekali lagi. Malah berkali-kali. 
I gotta be strong ! 
Struggle for SPM. 

Demi kebahagiaan mummy daddy iolls. 
Demi kebahagiaan iolls di masa hadapan. *bajet retis, gune iolss bagai*

Jom study! Bye bye. 

 

25 July 2013

Puisi Hati.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hati yang sedih. Siapa yang akan tahu?

Jika wajah menunjukkan senyuman yang tidak diketahui manis atau tidak.

Hati yang sunyi. Siapa yang akan tahu?

Jika diri ini mampu bergelak tawa.

Diri yang lemah. Siapa yang akan dapat melihat?

Jika diri ini tampak kuat pada luar nya. 

Hati menangis. Siapa yang akan dapat melihatnya?

Jika diri ini tampak bahagia di luaran.

Aku memang tampak bahagia.

Mampu bergelak tawa bersama taulan.

Bagaikan tidak punya masalah.

Namun, tiada siapa yang dapat melihat.

Apa yang aku rasa. 

Apa yang aku lalui.

Apa yang aku sembunyikan.

Kegagalan yang aku hadapi.

Amat perit bagiku.

Sukar untuk aku luahkan.

Rasa sakit dan pedih.

Bagaikan dihiris oleh pisau nan tajam.

Namun, aku tabahkan diri.

Untuk terus senyum.

Namun hatiku bertambah perit.

Melihat bagaimana sinisnya mereka.

Mereka katakan bahawa aku masih tidak sedar.

Mereka katakan bahawa aku tidak mencuba.

Mencuba untuk mengubah.

Mereka tidak tahu.

Aku sudah mencuba .

Mencuba untuk mengubah.

Namun apakan daya.

Mereka tidak melihat usahaku.

Adakah aku akan terus menerima?

Menerima kegagalan ini?

Ya Allah, aku tidak sanggup.

Aku tidak sanggup terus tersakiti.

Air mata terus menjadi peneman.

Peneman untuk diri yang lemah ini.

Peneman di setiap malam.

Peneman dikala kegagalan menerpa.

Peneman dikala terkenang bagaimana sinisnya mereka.

Hanya air mata sahaja kah yang terus menjadi peneman diri ini?

Aku sudah lelah menangis.

Sampai bila harus begini?

Kadangkala.

Aku merasakan.

Air mata aku sudah habis.

Aku tak mampu menangis lagi.

Bantu aku Ya Allah. 

- 02:51, 25July2013 -

Ramadan Kembali Lagi :)


Assalamualaikum! Hye readers.

Di kesempatan ini,

Saya Ingin Mengucapkan,

Selamat Menyambut Ramadan.

Happy fasting everyone. :) 


25 June 2013

Sunyi....


Assalamualaikum dan hi readers. 

Baru dua jam lebih student yang terpilih berangkat ke Kota Singa untuk lawatan ke National University Singapore. 

Queen dah tak jealous dahh. Redha je lahh.

But Queen terasa sunyi. 

Sebab from my class 5 orang yang pergi. 

Mia, Izzatul, Hanina, Miou Jing and Azwa.

Terasa betul kehilangan mereke ber-5.

Queen dah takde teman nak bergila-gila iaitu Mia and Hanina.

Queen agak rapat dengan Mia and Hanina ni.

Takde dah nak bergurau-gurau dengan dengan Izzatul.

Dengan Miou Jing pulak, rindu dengan lawak spontan dia tuh. 

Azwa pulak, Queen rindu nak buli dia. Kutuk dia depan2. Hahaha. Nampak sangat jahat kan. 

But, Queen tak pernah maksudkan apa yang Quuen cakap kat dia.

Semuanya gurauan. And Azwa pon tak ambil hati. ermm. KOT! 

Haha. Seriously, i started to miss them a lot. cepat la datang wahai hari Khamis since dorang balik Khamis.

Ok lah sampai sini je. Maaf kalau tak menarik. Bye. Assalamualaikum. 

#RinduMerekaSesangat. 


19 June 2013

That Should Be Me.


Assalamualaikum and salam sejahtera.

Tak nak cakap banyak kan. Just nak kongsi perasaan boleh tak?

Kira boleh la eh. hehe.

Ok macam ni. Nak dijadikan citer...

Sekolah Queen ade buat lawatan ke National University Of Singapore (NUS).

So cikgu akan pilih beberapa orang yang pergi sana. Tak semua pon pegi.

Queen ni pon agak berharap jugak la dapat pegi walaupon Singapore je.

Well, oversea kot. But,....

Unfortunately, Queen tak dapat. Agak sedih. 

And of course la JEALOUS kan ! 

Queen try denied perasaan jealous tu. Queen akan cakap kat diri Queen,

"Ala.. Singapore je kot. Tak jauh mane pon."  atau....
"Ala.. Dorang naik bas je kot gi sane. Bukannye flight."  atau....
"Ala.. Dorang bukannye tido kat Marina Bay pon. Dorang tido kat UTM Johor je kot. Tak tido pon kat Singapore tu." 

Tu lah ayat-ayat yang menyenangkan hati Queen ni. But still.... Nak Jugak!!!!!

K. Ciao! >.<

16 June 2013

Benci ! Benci ! Benci !



Aku benci kau ! Kau buat aku sakit hati !

Setelah ape yang aku buat untuk kau !

Macam ni kau balas kat aku ?!?

Sampai hati kau ! Tak sangka aku.....

Punye lah aku setia. Kau pulak buat macam tu....

Sungguh kau lelaki.. Memang tak guna. Betul kata Yuna...

Oh lelaki~ Tak gunaaaaaaaaa ~~ Ku berikan . Semuaaaaaaaaa ~~

Tak ku sangka, kau permainkan aku sedemikian rupa.

Sungguh kurang ajar perangai mu itu.

Ohh hati ku yang rapuhh. Bertahan laa. Bersabar la di atas dugaan ini.


Hey dikau lelaki yang agak tak guna. Kalau berubah dengan mudahnya. Aku pun begitu juga.

Aku sudah pun ada pengganti. Huahuahuahua.

Lebih baik dari dirimu itu.

Malah ,100% lebih baik dan bagus.

Full package la katekan. Sungguh aku bertuah. :)





p/s : maafkan beta wahai rakyat sekalian kerana beta sudah agak merapu di atas. entah mengapa beta rase ingin menulis post seperti di atas. huhuhuhu. ape pon, hidup kene diteruskan. Ciao. Assalamualaikum.






15 June 2013

Cooking Is My Passion


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada rakyat-rakyat sekalian alam.

K. Memasak. Sape suke masak ?

Pada pandangan mata Queen, kemahiran memasak itu sesuatu keperluan untuk wanita. *lelaki pon boleh!*

Queen tengok kan. Perempuan-perempuan zaman sekarang ni tak tahu nak masak. Lagi-lagi perempuan metropolitan. But, i'm not saying that Queen ni pro sangat masak. At least, boleh la sikit-sikit. Campak-campak jugak.

Tapi Queen memang sangat suke masak. Queen suke cari resepi kat internet. Dari resepi yang simple. Sampai la yang susah. Kalau simple tu boleh lah buat sendiri. Kalau yang susah tu, tanye la kat my mum yang pro tu. Hehe.

Tapi semenjak tinggal kat asrama ni, susah nak memasak. Yelah. Macam mane nak masak. Dapur gas takde. :(

Tapi hari tu, Queen punye senior ade rice cooker tau. And dia selalu masak gune rice cooker tu. Hehehe.
Queen pon ape lagi. Pinjam la rice cooker dia tu. Nak masak. Tapi susah la nak masak bende-bende yang agak susah tu. So Queen masak simple-simple je. Queen masak Sup Ayam. Yum yum yum.

Berikut merupakan bahan-bahan yang Queen telah sediakan. *eceh. bajet je*







1. Ayam ( mesti la ade ayam. dah name pon sup ayam =.= )
2. Halia
3. Bawang putih ( sikit je )
4. Bawang merah
5. Bunga lawang
6. Kulit kayu manis
7. Buah pelaga
8. Kiub pati ayam
9. Potatoes
10. Cherry Tomato
11. Garam secukup rasa

Tu je lah bahannye. Simple kan. And Queen tak guna sup bunjut pon tau! ihik! *agak bangge disitu*
Lepas bahan-bahan dah siap. Queen panaskan minyak kat rice cooker tu pastu masukkan halia, bawang putih, bawang merah, dan rempah ratus tu. Dah naik bau, masukkan air sebanyak mane yang anda mahu. Then masukkan potatoes and cherry tomatoes. Pastu gaul-gaul sikit. Then last sekali masukkan ayam.
Pastu tutup la penutup rice cooker tersebut.

Agak-agak dalam 10 minit, masukkan garam dan kiub pati ayam. Then tunggu lagi sampai ayam dah masak dan potatoes tu dah lembut. Selepas itu, hidangkan lah ia sementara ia masih panas. Yum yum !!

Ini la kejadiannye......


Weh weh korang... Ade satu rahsia ni.

Mase Queen masak sup ni kan. Queen lupa nak letak buah pelaga sebenarnya. Sebab terlupa beli!
Haiyooo. Jadinye, sup rase pelik sikit. But alhamdulillah. Queen dapat mengatasinye. Queen tambah sikit lagi garam dan kiub pati ayam. So, rase dia jadi boleh tahan la.

*sedap gak sebenarnye. ihik!*

Pengajarannya, JANGAN LUPA BELI BUAH PELAGA UNTUK MASAK BENDE2 MCM NI !

Kerana buah pelaga merupakan 'penyumbang besar' kepada ke-enakan masakan anda!

Tapi jangan pulak tetiba korang letak buah pelaga mase nak masak nasi goreng ke, telur dadar ke. Akan ku cepuk sorang-sorang karang.

Alrite lah. Sampai disini sahaja aku berceloteh. Penat aku taip. :p

K guys. Ciao !



2 June 2013

Wedding Reception of Our Homeroom Teacher



Assalamualaikum. Hai. Salam Sejahtera.

1st Of June 2013.

Tarikh tu telah berlangsungnya Grand Wedding Reception of my beloved homeroom teacher. Miss Fairuz Adlidna. Eh eh. Jap Jap. Correction!

Madam Fairuz Adlidna dengan pasangan hatinya Mr Juliardi N.B .

The wedding was so grand. Best giler.

Sangat seronok hokayhh!

Oh yeah, for your info, Hubby my cikgu ni orang Indonesia. But lahir dan menetap kat KL.

Then the food. The food was so sedap lohh! Nasi beriyani. Perrghh! Mengancam jiwa raga ku!

Pastu kan. Yang menariknye, wedding ni siap pulak ada candy and dessert. Sangat best. Ade marshmallow, grapes, lots of candies and mini cupcakes . Dan yang sangat bestnye. Siap ade CHOCOLATE FOUNTAIN hookayhh!! Kau hado? Hehe

Queen ape lagi kan. Ditemani Najihah dan Huda. Kami berdekorasi la dekat bahagian dessert tu. Marshmallow dengan anggur diselaputi chocolate dari chocolate fountain yang sangat menyelerakan itu. Perghh. Gabungan yang sangat mantap yer.

Dan, makan lah kami dengan penuh berselera sekali.

Dah lama-lama kat situ, kami pon meng-snap la gambar yang agak gila-gila sementara kami menunggu giliran untuk mengambil gambar bersama mempelai. heee~~

Tapi serius best. *takde modal dah nak cakap pe lagi. >.<*

Kfine! Tiba masa yang ditunggu-tunggu!! Photo sharing! Here we go! *excited lebih*



Tcr Fairuz with her beloved hubby.

With Liza Abdullah.

Ok. Ok. ke-confius-an berlaku eh? Queen pon terfikir mengapa ade pelakon Liza Abdullah kat wedding cikgu aku ni. Ape hubungannye dengan cikgu aku??

Alahaii. Rupa-rupanya, Liza Abdullah ni makcik kepada cikgu aku tuh. :)
Sempat gak ambil gambar. :)


Kami yang comel!


Queen dan Muallim just married! Eh? :p

Last picture tu mase dah nak balik dah. Kat luar pintu masuk tu ade photo booth untuk kita suke2 tangkap gambar sebab dorang ade sediakan accessories macam moustache la, mcm yg kat gambar last tu dan macam-macam lagi.

Overall, sangat best! Memang grand. Last words from me, Semoga Perkahwinan Cikgu Kekal Hingga Ke Akhir Hayat. Semoga cepat dapat baby! Cikgu, kami nak adik!!  :D

Ciao!

30 May 2013

Bla Bla Bla


Hello and Assalamualaikum peeps!

Alrite alrite. Just wanna share something.

The other day, telah pon berlangsungnya Festival Belia 2013 kat Putrajaya. Hewhew.

Best kot. And uolls know what??? I joined the Ekiden Run !!! Whatt????

Yess uollsss.
I JOINED THE EKIDEN RUN.

Mesti uolls tak pecaye kan. Yelah.. Iollss ni kan 'chubby' + 'comel' ihik! (perasan la pulokkss)

I pon tak pecaye hookayyyhh. I main ikut je dengan my friends. 

I jadik 5th runner. Serious cuak! Mia jadi 4th runner. So i was waiting for her la kan. Punya la lama tunggu. Padan muka i. Jadi lagi 5th runner. Hehehe. Memang la lama tunggu. 

Tunggu punya tunggu. Datang pon si Mia ni to pass me the sash. I pon start la berlari sejauh 3km. Untuk sampai ke garisan penamat. 

Punya la penat. Sampai je jambatan kat Putrajaya tu, i dah start penat giler. Rase nak stop. But thanks to Syakira and Izzatul. Sebab dorang sanggup lari balik untuk teman I lari. Syakira was the 1st runner while Izzatul was 3rd runner untuk group I. Dorang bagi I semangat. Push me sampai I dapat ke garisan penamat. 

Well, Alhamdulillah. I sampai ke garisan penamat. I sampai then terus ambik nombor. Then I looked kat nombor yang I ambik. I tengok tertulis nombor '39' . and i was like, 'weh korang! kita dapat medal!'
Ahhhhhhh !!! Kitorang menjerit habiss. Berpeluk-pelukan sesama team-mate. So terharu hooyykaayy! Hilang terus rasa kepenatan. 

Bangga jugak lahh. Dapat tempat 39 daripada 70 penyertaan. Hehe. Kau hado?? 

Well, well, well ... Ni nak tunjuk medal yang kitorng dapat.



Eh eh. Lupa nak bagitau. Medal ni sorang dapat satu tau. Berserta sijil sekali. Hehe. 

Wookayh lah. Iolls ni pon dah penat berceloteh. Nk gi usha homework jap. Amboii. Tetibe jadik rajin. 

By the way, Happy Holidays !



25 April 2013

Meet Up.


Assalamualaikum readers! Khamis lepas my uncle dari Sabah datang KL. Dia datang dengan anak dia sekali which is my very bestfriend. My uncle tu ade urusan keje kat sini. Then my uncle and my cousin tu ajak la Queen datang KL. Hadoii. Mase tu punye la Queen serabut giler. Dengan kawad kaki Sapphire lagi.

Pastu, macam mane nak minta kebenaran cikgu untuk keluar. Bahaya oo.! Keluar tanpa kebenaran. Kang tetibe cikgu or warden cari Queen and Queen takde. MAMPOS der! Memang akan kene baik punye kan.

Akan tetapi!!! Alhamdulillah. Ade sorang warden ni bagi kebenaran Queen keluar pada hari Jumaat tu walaupun minggu tu bukn minggu outing atau pulang bermalam. So, Queen ambik van dari Permata sampai stesen KTM UKM. Then naik tren dari UKM ke KL Sentral. Jauh la jugak. lebih kurang sejam. Queen bertolak lebih korang pukul 6.30pm dari Permata. Sampai KL sentral lebih kurang pukul 7.30pm.

Pastu nak kena jalan gi monorail lagi. sebab my uncle tu stay kat Times Square (TS). so ambik monorail dri kl sentral ke imbi. tak lama pon. kejap je. Sampai TS, lebih kurang pukul 8.15pm. Penat siot! Sampai je terus jumpe my uncle and cousins kat Starbucks.

Oh yeah, why COUSINS?? bukan sorang je ke? haha. Fyi, abang si Ejah (cousin + bff ) ni pon ade sekali. Happy giler jumpe dorang mase ni. Gembira tak terkata!!! After that, my uncle and abg Ejah ni pegi la jenjalan. And biarkan kitorang dua jenjalan sendiri. Hahaa. Best! Queen bawak la Ejah ni ke kedai KPOP seperti yang di inginkan olehnye selama ini. Yelah, kat Sabah, takde kedai2 kpop ni. Beli online je dulu.

And tau tak, kitorang spend masa kat kedai kpop tu more than ONE HOUR! Punye la lama. sebab Ejah ni nak pilih2 barang lgi. Kitorang round kedai entah berapa kali. Queen rase uncle kedai tu dah naik bosan dengan kitorang. Haha. Tapi ape kitorang kesah.

Lepas dah shopping2, kitorang gi MAKAN! Om nom nom nom. Tempat yang terpilih merupakan Dubu Dubu Korean food!!!!! Queen order Bibimbap and Ejah order Sundobo Jigae. Sedap giler kot. Kenyang sungguh kitorang. Alhamdulillah. :)

Then, kitorang pusing2 and window shopping kat sekitar TS tu. Then baru balik hotel.

The second day, kitorang gi Mid Valley and jumpe dengan Nadia!! One of our besties jugak la. Dia pindah KL jugak. Tapi Queen tak pernah nak jumpe dia. Hak Hak! Kitorang punye lah berabis masuk keluar kedai kat Mid tu. tapi tak beli ape pon. Sebab,.... No Money No Talk lah kan. hahaha.

Pastu, kitorang gi Taylor's University pulak. Sesaje lah. Lagipon, Ejah nak buat foundation kat sini. So, nak tengok la macam mane kan. Ade jugak isi borang. Tapi entah borang ape. Main isi je. Hehe. Best jugak masuk sini. Cuma mahal sikit la study fee nya sebab bukan IPTA kan. Swasta.. Biasa lah tu.

At The Taylor's Uni !
After merewang kat Taylor's, kitorang gi Sunway Pyramid ! Jyyeaahhh! Best giler. Kitorang gi makan Baskin Robbins, shopping kat F.O.S and macam biasa lah. Snap sana. Snap sini. hehe. Memang sangat seronok.

in the train :)


Akhirnya, tiba lah masa untuk kami berpisah. After hantar Nadia kat Puchong, kitorang terus ke UKM, naik tren. And my uncle ambik teksi and hantar Queen sampai dorm. Alhamdulillah. Semuanya selamat.

Tapi sedih juga. Yelah, rasa macam tak cukup je. Masa ni sangat lah jealous nye dengan kitorang. Sedih sedih sedih. :(

Tapi takpe lah. Nanti boleh jumpa jugak. :D

Kan Kan Kan ???

Kbye.











5 April 2013

Krisis


Assalamualaikum. Hai hai! Hello hello! Ape kabar, ape kabar? Eiiiih! Annoying pulak kan. hahaha. well, ade aku kesah! kahkahkah.

Krisis. Tu yang ramai alami. Termasuk lah orang sekeliling Queen. Even Queen pon. hehehe.

Ok. I just straight to the point. Kelas Queen sedang mengalami beberapa krisis. Masalah bertimbun-timbun datang menyerang kelas Queen. Masalah dengan orang tu. orang ni. orang sana. orang sini. dan macam-macam lagi.

But! Yang paling ketara sekali, masalah dengan budak sorang ni. Haiihhhh. Nak buat macam mane. Dah memang dia tu 'agak' annoying sehingga menyebabkan, ramai yang tak suka dengan dia. Kesian jugak kat dia. Ramai boikot. Kadang-kadang Queen join sekali. Hahaha.

Tak nak lah sebut nama dia kat sini. Nanti timbul kesalah fahaman pulak. Queen tak nak lah macam tu.

Sometime, Queen kesian dengan dia. Dah lah 'agak' annoying, ramai pulak yang tak suka dia tuh. Kadang-kadang Queen tengok, Forever Alone jugak dia nih. Hehe. On the other side pulak, ramai yang bash dia. Semua nak bantah ape dia cakap. ( and AGAIN, Queen pon ade join sekali,. :p )

Queen bukan nak salahkan sesiapa atau cuba nak bajet baik nak nasihatkan orang sedangkan diri sendiri pun belum sempurna. Queen just nak cakap kepada si Annoying ni, cuba kawal panas baran awak tuh sikit. Try cakap elok2 bila nak arahkan sesuatu. Jangan dengan orang yang awak SUKA awak cakap bebaik pulak. Tak adil lah macam tuh. Confirm confirm kitorang terase, okay. Diskriminasi tu. But, Queen tak salahkan awak seorang. Kitorang pon sedar yang kitorang pon ade je sengaja bash bash awak. Sampai awak rase fed up dengan kitorang. Queen minta maaf lah yer.

I hope, keadaan kelas tak bertambah BURUK. Tak nak lah macam tuh. Sebab pada pandangan kebanyakkan orang lain, kelas 5K4 ni semua nya bersatu. Tak ada masalah. Walhal, banyak je. Queen tak nak lah masalah nih diperbesarkan. Pada Queen, MINTA MAAF dan PERBAIKI KESILAPAN DIRI merupakan cara yang terbaik. Hope semua faham. :)

Queen sayang classmates Queen. :)

kbye.






31 March 2013

MIA . .


Assalamualaikum readers. Ape khabar? Baik tak? Baik la kot ea? Ok Ok. Kenapa tajuk post kali ni MIA ?? Sebelum tu, nak memperkenalkan siapa MIA ni sebenarnya. . . . .


Mia ni hanya la seorang gadis biasa. Tak terkenal seperti Maria ElenaFatin Liyana atau Hanis Zalikha. Nama penuhnya Amira Aqilah binti Shaidin. Berumur 17 tahun. Seorang pelajar di sekolah yang sama dengan Queen. Dia merupakan classmate Queen.

Then, why should i post something about her?? Hari tu, dia pegi cakap kat Queen yang my blog nie dah banyak sarang. Lama tak update la katanya. Pastu, suruh Queen post pasal dia. Hahaha. Lawak lah minah nih.

Weh MIA, kau nak sangat kau post pasal kau kan. Nah ! Hambik! Siap buat biodata kau lagi nih. hahaha.
Nak kenal mane satu Mia?? Jap eh. Queen share gambar dia.

.




Ni la budak MIA tuh. So sesiapa yang nak masuk line ke, nak kenal2 ke, ke ape ke. Boleh lah yer cakap kat Queen. Mia ni pon single. Sedang mencari. hahahahaha. :p

Cukup setakat disini coretanku pada kali ini.

KBYE. :)







20 March 2013

Comeback~


Assalamualaikum and Hi readers! Ok Ok. I know yg Queen dah lama tak update blog. Dah lebih 5 tahun bulan KOT! OMG! OMG! Lama giler kan?? Busy la nak update. *well actually, i feel so malas la nak update* .

Sorry blog for being too honest. :/ Queen dah sangkut kat Twitter. :D

And if my Cikgu Calculus tak tanye about why i'm not updating my blog anymore, mesti Queen dah lupakan blog nie. Kesian kat awak kan Encik Blog. ngehehehe.

Well, well. Ni lah problemnye. Before log in the blog, terase banyak benda nak share. But bila dah log in, PUUFFHHH! Hilang semuanya.

Haiya Haiya... If only I ni mcm kak Maria, ade je benda nak dibahaskan dalam benda alah nih.

Oh yeah! Queen ada satu cerita. Queen baru habes exam. Ok tamat. kekekeke.

Oh yeah.. Actually, i feel a lil bit sad. Because my family are going to Mecca for Umrah. I mean, the whole family. My very big family. My parents. My only one big sis. My pakcik2, my makcik2, my sepupu-sepapat. And I'm the only one yang tinggal. Sedih Tahu!

Ok, now i terase i di perantauan keseorangan. Keseorangan di Malaysia yang penuh fana ini. *cehh! puitis konon!*

Ape2 pon. Queen doakan dorang selamat pergi dan kembali, Amin. :')


Mereka Cinta Hati Saya! XOXO



Hmmm. Ok, dah takde benda nak citer. Jom log out nak?? hehe.
Assalamualaikum. Kbye.







Copyright By Riry Aiyumi