Annyeonghaseyo! Welcome to my little tangle tale. After u view my blog, dont forget to follow me ya! Credit ur link too. Leave ur comment before leave !

15 June 2013

Cooking Is My Passion


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada rakyat-rakyat sekalian alam.

K. Memasak. Sape suke masak ?

Pada pandangan mata Queen, kemahiran memasak itu sesuatu keperluan untuk wanita. *lelaki pon boleh!*

Queen tengok kan. Perempuan-perempuan zaman sekarang ni tak tahu nak masak. Lagi-lagi perempuan metropolitan. But, i'm not saying that Queen ni pro sangat masak. At least, boleh la sikit-sikit. Campak-campak jugak.

Tapi Queen memang sangat suke masak. Queen suke cari resepi kat internet. Dari resepi yang simple. Sampai la yang susah. Kalau simple tu boleh lah buat sendiri. Kalau yang susah tu, tanye la kat my mum yang pro tu. Hehe.

Tapi semenjak tinggal kat asrama ni, susah nak memasak. Yelah. Macam mane nak masak. Dapur gas takde. :(

Tapi hari tu, Queen punye senior ade rice cooker tau. And dia selalu masak gune rice cooker tu. Hehehe.
Queen pon ape lagi. Pinjam la rice cooker dia tu. Nak masak. Tapi susah la nak masak bende-bende yang agak susah tu. So Queen masak simple-simple je. Queen masak Sup Ayam. Yum yum yum.

Berikut merupakan bahan-bahan yang Queen telah sediakan. *eceh. bajet je*







1. Ayam ( mesti la ade ayam. dah name pon sup ayam =.= )
2. Halia
3. Bawang putih ( sikit je )
4. Bawang merah
5. Bunga lawang
6. Kulit kayu manis
7. Buah pelaga
8. Kiub pati ayam
9. Potatoes
10. Cherry Tomato
11. Garam secukup rasa

Tu je lah bahannye. Simple kan. And Queen tak guna sup bunjut pon tau! ihik! *agak bangge disitu*
Lepas bahan-bahan dah siap. Queen panaskan minyak kat rice cooker tu pastu masukkan halia, bawang putih, bawang merah, dan rempah ratus tu. Dah naik bau, masukkan air sebanyak mane yang anda mahu. Then masukkan potatoes and cherry tomatoes. Pastu gaul-gaul sikit. Then last sekali masukkan ayam.
Pastu tutup la penutup rice cooker tersebut.

Agak-agak dalam 10 minit, masukkan garam dan kiub pati ayam. Then tunggu lagi sampai ayam dah masak dan potatoes tu dah lembut. Selepas itu, hidangkan lah ia sementara ia masih panas. Yum yum !!

Ini la kejadiannye......


Weh weh korang... Ade satu rahsia ni.

Mase Queen masak sup ni kan. Queen lupa nak letak buah pelaga sebenarnya. Sebab terlupa beli!
Haiyooo. Jadinye, sup rase pelik sikit. But alhamdulillah. Queen dapat mengatasinye. Queen tambah sikit lagi garam dan kiub pati ayam. So, rase dia jadi boleh tahan la.

*sedap gak sebenarnye. ihik!*

Pengajarannya, JANGAN LUPA BELI BUAH PELAGA UNTUK MASAK BENDE2 MCM NI !

Kerana buah pelaga merupakan 'penyumbang besar' kepada ke-enakan masakan anda!

Tapi jangan pulak tetiba korang letak buah pelaga mase nak masak nasi goreng ke, telur dadar ke. Akan ku cepuk sorang-sorang karang.

Alrite lah. Sampai disini sahaja aku berceloteh. Penat aku taip. :p

K guys. Ciao !



No comments:

Copyright By Riry Aiyumi